Sembunyikan Tajuk Blog
Ketahui bagaimana ingin menghilangkan tajuk blog, agar dia tak mengangu header yang anda buat..
Salam daripada diDEN, Hiyakk, entri kali nak bagitahu macam mana nak hapuskan tajuk dekat paparan utama blogger, seperti yang anda tahu tajuk yang terdapat setiap kali anda ingin memulakan blog, mudah untuk difahami adalah seperti blog title. Ok, kali ni merupakan kod yang paling mudah dalam mana-mana kod sebelum nih, tak mustahila kalau ada budak-budak yang celik IT sikit pun tahu macam mana nak masukkan kod ni dalam editor tu..(tak tercabar ke?.... hehe)
Seperti biasa Login kat blog anda(blogger), klik layout dekat Dashboard. Kemudian klik Edit HTML.
Ok AQ nak ingatkan sekali lagi, sebelum apa-apa tindakkan dan pengubahsuain, anda perlula memastikan yang blog tu telah di “backup” terlebih dahulu, takut nanti ada la yang tersalah masuk ke, apa ke…benda ni susah nak selamatkan, jadi macam mana nak "backup blog"?? Mudah sahaja, anda hanya perlu pergi ke setting dan pastikan anda menemui butang export, tujuan export adalah untuk menyimpan xml. dan apabila perlu anda hanya perlu mencari balik xml. yang disimpan dengan menekan butang import.Ok, AQ teruskan...
Cari kod yang seakan macam ni
#header h1 {
margin:5px 5px 0;
padding:15px 20px .25em;
line-height:1.2em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.2em;
font: normal normal 200% Georgia, Serif;
display:none; /*? masukkan ini*/
}
Ok, jadi bagaimana tajuk tu boleh hilang? Perhatikan “display:none; “ tu, kod sebaris itula yang aku maksudkan, ia tidak menghapuskan tajuk tersebut tetapi hanya menghilangkan sahaja daripada pandangan orang lain. Tak susahkan? Tapi tunggu!! Kod ini juga bukan setakat boleh menghilangkan tajuk blog malah anda juga boleh menghilangkan penerangan tajuk tu sekali, macam mana tu? Seperti biasa carik :
#header .description {
margin:0 5px 5px;
padding:0 20px 15px;
max-width:700px;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.2em;
line-height: 1.4em;
font: normal normal 78% 'Trebuchet MS', Trebuchet, Arial, Verdana, Sans-serif;
color: #999999;
display:none;
}
Orait… dah berjaya? Harap-harap suksess… tapi kenapa perlu sorokkan tajuk blog dan penerangan sekali?? Setengah orang nak letak header bergambar yang dia dah habih bubuh semua benda kat dalam tu termasuk tajuk dan penerangan yang Bes… jadi bila ada tajuk blog dan penerangan yang keluar sekali tu dia mungkin mengagu header kesayangan dia yang tertindih akibat beliau sendiri yang letak, kalau buang nanti orang tak dapat nak search dia punya blog tak jumpa… emmm kadang2 berguna jugak kan.. kan..kan..
Yes!!
ReplyDelete